top of page

VAKSIN HAJI | PEMERIKSAAN BAKAL HAJI🕋💊

1 ja
As in below description
Klinik Salam Tanjung Lumpur

Huraian Perkhidmatan

🕋 PERSIAPAN UMRAH & HAJI – VAKSINASI, RAWATAN LUTUT & UBATAN DI KLINIK SALAM TANJUNG LUMPUR 🕋 💡 Bersedia untuk Umrah & Haji dengan kesihatan yang terbaik! Cuaca di Mekah yang panas & kering boleh menyebabkan keletihan serta meningkatkan risiko jangkitan dan ketidakselesaan sendi. Dapatkan vaksinasi, rawatan lutut & persediaan ubat-ubatan sebelum berangkat! PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI SELIAAN TABUNG HAJI KINI DI KLINIK SALAM TANJUNG LUMPUR [PERLU TEMUJANJI] --- 💉 VAKSINASI WAJIB & DISYORKAN [TIDAK PERLU TEMUJANJI] ✅ A - Meningococcal Vaccine (NIMENRIX) – RM155 (WAJIB untuk semua Jemaah Umrah & Haji – syarat visa Arab Saudi) ✅ B - Influenza Vaccine – RM75 (WAJIB untuk jemaah 60 tahun ke atas & DISYORKAN untuk semua bagi mengurangkan risiko selesema) ✅ C - Pneumococcal Vaccine (SYNFLORIX) – RM220 (Disyorkan untuk individu dengan masalah paru-paru seperti asma, COPD, atau sejarah jangkitan paru-paru yang kerap) 📌 PAKEJ KOMBO JIMAT! 💉 A (Meningococcal) + B (Influenza) = RM209 (JIMAT RM21!) 💉 A (Meningococcal) + C (Pneumococcal) = RM380 (JIMAT RM25!) 💉 B (Influenza) + C (Pneumococcal) = RM265 (JIMAT RM30!) 📌 Lindungi diri dari jangkitan sepanjang perjalanan ibadah anda! --- 💊 BEKALAN UBAT YANG PERLU DIBAWA 🌡 Ubat Batuk & Selesema – Untuk melindungi diri daripada jangkitan & cuaca ekstrem. 🌿 Pelembap & Moisturizer – Cuaca kering boleh menyebabkan kulit merekah & iritasi. 💊 Ubat Peribadi – Pastikan anda membawa bekalan mencukupi sepanjang tempoh di Tanah Suci. 🛑 Farmasi di Mekah agak mahal! Sediakan keperluan dari awal untuk mengelakkan kesulitan. --- 💉 RAWATAN LUTUT – ELAK SAKIT SEMASA IBADAH! Ramai jemaah mengalami kesukaran untuk rukuk, sujud, dan berjalan jauh akibat sakit lutut dan osteoartritis. Jangan biarkan kesakitan mengganggu ibadah anda! 💉 Pilihan Rawatan Lutut untuk Osteoartritis (Tahap 2-3) 1️⃣ RM250.00: Sedutan cecair + Suntikan anti-radang untuk mengurangkan bengkak & sakit. 2️⃣ RM690.00: Tambahan suntikan Hyaluronic Acid untuk melicinkan pergerakan sendi dan memperlahankan kerosakan tulang rawan. ✅ Termasuk Ultrasound Lutut Percuma untuk memastikan rawatan tepat. 🔍 Tambahan RM50.00 untuk X-ray kedua-dua lutut bagi mengenal pasti tahap osteoartritis anda.


Dasar Pembatalan

Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.


Contact Details

  • Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia

    0194049665

    kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com


©2022 by Group Of Klinik Salam. Proudly created with Wix.com

bottom of page