top of page

Ultrasound Kehamilan

Pengesahan kandungan, Scan jantina, scan tumbesaran & muka 5D, NT Scan *Pastikan pundi kencing penuh

45 min
Daripada 30 Ringgit Malaysia
Klinik Salam Tanjung Lumpur

Huraian Perkhidmatan

45 min Klinik Salam Tanjung Lumpur Scan Antenatal/Kandungan 👶 🌸 Pengesahan kandungan: RM35/RM48 - 5 ke 11 MINGGU+6 HARI 🌸 Nuchal translucency (NT) scan: RM98 - untuk mengesan awal kelainan kromosom (down syndrome) - hanya boleh dilakukan dalam tempoh 11 minggu hingga 13 minggu dan 6 hari kehamilan - Selepas minggu ke-15, cecair ini biasanya akan menjadi kulit) 🌸 Pengesahan jantina: RM30 - 18 ke 22 MINGGU 🌸 Scan tumbesaran & jantina bayi: RM75 - 20 MINGGU KE ATAS 🌸 Scan tumbesaran & 5D muka (free scan jantina bayi 😍): RM100 - (termasuk gambar printed 5D) - 26-32 MINGGU 🌸 Scan Anomaly (free scan jantina bayi 😍)- Scan tumbesaran DAN organ dalaman bayi: RM120 - waktu terbaik 18-24 MINGGU 🌸 Scan Anomaly & 5D muka (free scan jantina bayi 😍)- Scan tumbesaran DAN organ dalaman bayi DAN 5D muka: RM209 - waktu terbaik 18-24 MINGGU - termasuk gambar printed 5D ❗Pastikan bayaran deposit RM30 dilakukan serta merta untuk mengunci slot temu janji anda 🌹 *Laporan imbasan kandungan akan diberikan serta merta setelah ultrasound dilakukan, manakala imej imbasan yg lengkap akan dihantar pada email anda dalam tempoh 72 jam.


Dasar Pembatalan

Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.


Contact Details

  • Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia

    0194049665

    kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com


©2022 by Group Of Klinik Salam. Proudly created with Wix.com

bottom of page