
UJIAN DARAH BASIC [SILVER | GOLD | ETC]
UJIAN DARAH silver gold arthritis profile
Huraian Perkhidmatan
💉 TAWARAN KHAS: Pakej Pemeriksaan Kesihatan Asas untuk Semua! 💪 ✨ Jaga Kesihatan, Mulakan Dengan Pemeriksaan ✨ 🔍 Pakej SILVER – RM55 Termasuk: ✅ Komponen darah ✅ Kolesterol ✅ HbA1c ✅ Blood sugar ✅ Liver profile ✅ Kidney profile ✅ Urine FEME ___________________________________________________________________________________ 🌟 Pakej GOLD – RM98 Lengkap dengan: ✅ Semua dalam Pakej SILVER PLUS: 🔬 Cancer marker: AFP (Kanser Hati), CEA (Kanser Paru-Paru & Usus) 🦠 Thyroid T4, HIV, Hep B, Sifilis ___________________________________________________________________________________ 🤕 Selalu sakit sendi? Gout? Kebas tangan waktu pagi? Trigger finger? 💎 Arthritis Profile – RM150 💡 Termasuk: White CC: Kiraan sel darah putih untuk kesan jangkitan DIFF: Analisis jenis-jenis sel darah putih ESR: Kadar keradangan dalam badan RF: Penanda penyakit autoimun seperti Rheumatoid Arthritis UA: Tahap asid urik, penting untuk kesan gout RPR: Ujian sifilis yang boleh jejaskan sendi ANA: Kenal pasti penyakit autoimun seperti lupus ASOT: Antibodi untuk jangkitan streptococcus ___________________________________________________________________________________ ANDA BERISIKO KANSER ? ⚠️⚠️UJIAN KANSER ADD-ON KEPADA SILVER | GOLD [TAMBAH RM15 SETIAP TEST] 🎗️CEA - KANSER USUS /PARU-PARU 🎗️AFP- KANSER HATI -HEPATOCELLULAR CANCER 🎗️PSA- KANSER PROSTATE 🎗️CA125- KANSER OVARY 🎗️CA19.9- KANSER PANCREAS 🎗️CA153- KANSER PAYUDARA ___________________________________________________________________________________ ANDA BERISIKO SERANGAN JANTUNG? 🫀High Sensitive Troponin I RM90 🫀Pro NT BNP RM220 📈 ECG RM30 ___________________________________________________________________________________ ⚠️ Perhatian! 💰 Harga di atas tidak termasuk konsultasi – RM30 ⏳ Syarat Penting: 1️⃣ Puasa 10 jam sebelum ambil darah – Air masak dibenarkan 🥤 2️⃣ Walk-in sahaja – Setiap hari sebelum 12 tengah hari, kecuali Ahad 🌞 3️⃣ Keputusan siap dalam masa 6 hari bekerja 📞 Pastikan nombor telefon betul sewaktu pendaftaran untuk dihubungi! --- 🌟 Jangan tunggu sakit baru nak bertindak! 📍 Datang ke Klinik Salam Tanjung Lumpur sekarang. 👉 Sihat Bermula di Sini! 💙






Dasar Pembatalan
Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.
Contact Details
Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia
0194049665
kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com