
KLINIK SENDI TUMIT/BAHU/LUTUT/JARI/SIKU
Diagnosis holistik dengan kemajuan kaedah Ultrasound. Suntikan IntraArtikular dan anti-radang
Huraian Perkhidmatan
🦵 Jangan Biarkan Kesakitan Mengganggu Ibadah dan Kehidupan Harian Anda! 🦶 Adakah Anda Mengalami Masalah Ini? Lutut: Sakit ketika rukuk dan sujud, atau bila menaiki tangga. Tumit: Kesakitan menusuk akibat plantar fasciitis. Bahu/Siku: Frozen shoulder, rotator cuff tendinitis, DeQuervain tenosynovitis Jari atau Pergelangan Tangan: Sukar meluruskan jari (trigger finger) atau kebas di tangan akibat carpal tunnel syndrome/DeQuervain tenosynovitis. AWAS! Jika Tidak Dirawat Awal, Anda Berisiko: ❌ Keradangan kronik yang boleh membawa kepada kerosakan kekal. ❌ Kehilangan keupayaan untuk bergerak bebas atau melakukan ibadah dengan sempurna. ❌ Perlunya rawatan pembedahan yang lebih mahal dan memakan masa. Jenis Rawatan Kami 💉 Rawatan Lutut untuk Osteoartritis (Tahap 2-3) RM250.00: Sedutan cecair + Suntikan anti-radang. RM690.00: Tambahan suntikan Hyaluronic Acid untuk melicinkan pergerakan sendi. ✅ Percuma: Ultrasound lutut untuk ketepatan rawatan. 🔍 Tambahan RM50.00: X-ray kedua-dua lutut untuk mengenal pasti tahap osteoartritis. 👣 Rawatan Tumit untuk Plantar Fasciitis RM120.00: Suntikan anti-radang untuk kelegaan segera. Tambah Ultrasound Tumit hanya RM35.00 untuk mengenal pasti bone spur dengan tepat. ✋ Rawatan Trigger Finger & Carpal Tunnel Syndrome/ Bahu / Pergelangan tangan RM45.00: Ultrasound MSK untuk mengesan masalah dengan tepat. RM105.00: Setiap suntikan berpandukan ultrasound untuk melegakan kesakitan dan memulihkan fungsi. ⚠️ Jangan Tunggu Hingga Terlambat! Kesakitan yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi serius seperti kecacatan kekal. Jangan biarkan masalah ini mengganggu ibadah dan aktiviti harian anda. 📞 Hubungi Kami: 014-9094510 📅 Tempah Sekarang
















Dasar Pembatalan
Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.
Contact Details
Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia
0194049665
kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com