top of page

Homevisit Kuantan

2 jam
Bergantung Jenis rawatan diperlukan
Homevisit

Huraian Perkhidmatan

🏠 RAWATAN KE RUMAH (HOMEVISIT) – KLINIK SALAM TANJUNG LUMPUR Tak larat ke klinik? Ibu ayah uzur? Perlukan bantuan perubatan di rumah? Kami sediakan servis Homevisit lengkap ke rumah anda, dengan doktor & jururawat berpengalaman! --- Pakej Lawatan ke Rumah: Doktor: RM180 (termasuk yuran lawatan, konsultasi, pemeriksaan fizikal & kos minyak) Nurse/MA/Assistant: RM60 (untuk prosedur ringan atau susulan) --- Servis-Prosedur Yang Ditawarkan: 🟡 PEMASANGAN TIUB Tiub Kencing (Foley Catheter) RM78 (Fullset) RM56 (Bawa barang sendiri) Tiub Hidung (Ryles Tube) RM68 (Fullset) RM58 (Barang sendiri) --- 🟢 DRESSING LUKA Biasa: RM40 – RM70 Debridement (Cuci Luka Bernanah): Tambahan RM30 – RM60 --- 🔵 IV DRIP (Masuk Air) Pemasangan IV Drip: RM90 Tambahan Antibiotik: RM45 / dos --- 🟣 UBAT-UBATAN (bergantung pada jenis): Kawalan Sakit Antibiotik Suplemen / ubat simptomatik Julat Harga: RM60 – RM340 --- 🏥 Siapa Sesuai Guna Homevisit? Pesakit terlantar di rumah Ibu ayah uzur yang sukar bergerak Rawatan luka lepas pembedahan Pemantauan IV drip/tiub/catheter di rumah Susulan rawatan selepas keluar hospital --- 📞 Tempah Sekarang: WhatsApp: wa.me/60194049665 Google Maps Klinik: maps.app.goo.gl/7hofaTzq9k3MPnsHA Info Lanjut Khidmat: linktr.ee/kliniksalamtanjunglumpur


Dasar Pembatalan

Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.


Contact Details

  • Kuantan, Pahang, Malaysia

    0194049665

    kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com


©2022 by Group Of Klinik Salam. Proudly created with Wix.com

bottom of page