top of page

Fertility Service

Pemeriksaan tahap kesuburan isteri dan suami

1 ja
Daripada 30 Ringgit Malaysia
Klinik Salam Tanjung Lumpur

Huraian Perkhidmatan

💖 BERUSAHA UNTUK HAMIL? JANGAN TUNGGU TERLALU LAMA! 💖 💡 Jika anda & pasangan sudah mencuba lebih dari 6 bulan - 1 tahun tanpa kejayaan, mungkin sudah tiba masanya untuk pemeriksaan kesuburan! 🚨 Tanda-Tanda Anda Perlu Buat Pemeriksaan Kesuburan: ✅ Haid tidak teratur atau jarang datang ✅ Sakit senggugut melampau setiap bulan ✅ Pernah mengalami keguguran berulang ✅ Pasangan lelaki mengalami masalah ejakulasi atau sperma lemah ✅ Ada sejarah PCOS, endometriosis, atau fibroid 📌 Pemeriksaan awal boleh meningkatkan peluang kehamilan & mengelakkan komplikasi di masa hadapan! --- 🩺 PERKHIDMATAN KESUBURAN DI KLINIK SALAM TANJUNG LUMPUR 👩‍⚕️ Doktor Wanita Berpengalaman! 💖 Ujian & Diagnosis Kesuburan (Wanita & Lelaki) ✅ Ujian Hormon Wanita (FSH, LH, Prolaktin, AMH, Progesteron) – Memantau ovulasi & rizab telur. ✅ Ujian Hormon Lelaki (Testosteron, FSH, LH) – Menilai kesihatan & kualiti sperma. ✅ Ultrasound Transvaginal untuk Follicular Tracking – Pantau ovulasi secara tepat untuk meningkatkan peluang kehamilan! ✅ Ultrasound Rahim & Ovari – Mengesan PCOS, fibroid, cyst atau masalah lain yang menghalang kehamilan. ✅ Sperm Analysis – Ujian jumlah, bentuk, & pergerakan sperma. 💖 Rawatan Kesuburan ✅ Clomiphene Citrate (Clomid) / Letrozole – Merangsang ovulasi bagi wanita yang mengalami PCOS atau ovulasi tidak tetap. ✅ Metformin – Membantu wanita dengan PCOS yang mempunyai rintangan insulin. ✅ IUCD Removal – Jika ingin mencuba untuk hamil selepas penggunaan alat perancang. ✅ Supplements Kesuburan (Asid Folik, CoQ10, Omega-3, Vitamin D) – Meningkatkan kualiti telur & sperma. 💖 Prosedur Kesuburan Lanjutan [Referral] ✅ IUI (Intrauterine Insemination) – Sperma dicuci & dimasukkan terus ke dalam rahim semasa ovulasi. ✅ IVF (In Vitro Fertilization) – Persenyawaan telur & sperma dilakukan di makmal sebelum dimasukkan ke dalam rahim. ✅ ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection) – Satu sperma dimasukkan terus ke dalam telur untuk meningkatkan peluang persenyawaan. 📌 Rawatan ini boleh meningkatkan peluang kehamilan dengan ketara jika dilakukan pada waktu yang tepat! --- 1. Scan rahim dan ovary (RM60) 2. Ujian hormon wanita (RM180-RM450) - AMH - Progestrone, estrogen, FSH, LH, Prolactine - Testosterone - Thyroid Stimulating Hormone 3. Ujian Kesuburan Lelaki -RM100 -Semen Analysis (Air mani) *Harga tak termasuk kos konsultasi dan ubat-ubatan


Dasar Pembatalan

Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.


Contact Details

  • Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia

    0194049665

    kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com


©2022 by Group Of Klinik Salam. Proudly created with Wix.com

bottom of page