EAR NOSE THROAT SCOPE ASSISTED PROCEDURE
OTOSCOPE / RHINOSCOPE - EAR NOSE THROAT SCOPE ASSISTED PROCEDURE (FREE CONSULTATION)
Huraian Perkhidmatan
EAR NOSE THROAT SCOPE ASSISTED PROCEDURE (OTOSCOPE / RHINOSCOPE) đĨ Telinga Terasa Penuh â Mungkin ada kotoran telinga tersumbat (Impacted Earwax) yang menghalang pendengaran anda. đĨ Pendengaran Berkurang â Telinga anda mungkin dipenuhi kotoran atau objek asing. đĨ Gatal di Dalam Telinga â Salah satu tanda-tanda jangkitan telinga atau irritasi akibat kotoran yang menumpuk. đĨ Telinga Berdengung â Tanda amaran untuk masalah telinga yang memerlukan perhatian segera! Jangan biarkan masalah ini mengganggu kehidupan anda! Di Klinik Salam Tanjung Lumpur, kami pakar dalam: đ Ear Scope & Pemeriksaan Telinga - RM60 sahaja! Termasuk Pemeriksaan Percuma! Pembersihan Telinga (Kotoran & Objek Asing): đ¸ Proksimal (Separuh Telinga) - RM68 đ¸ Distal (Bahagian Dalam Telinga) - RM90 (Inklusif: Flushing, Forcep Crocodile, Instrumentasi) Nota Penting: đ Jika terdapat jangkitan, kami akan cadangkan titisan antibiotik terlebih dahulu sebelum prosedur untuk mengelakkan trauma atau pendarahan. đ Jangan biarkan masalah telinga mengganggu aktiviti harian anda! Hubungi kami segera untuk pemeriksaan dan pembersihan telinga yang profesional. đĻģ đ Call/Whatsapp: 0194049665 đ Lokasi: Klinik Salam Tanjung Lumpur #KlinikSalamTanjungLumpur #TelingaTersumbat #KotoranTelinga #EarScope #PembersihanTelinga #MasalahPendengaran #PerkhidmatanTelinga
Dasar Pembatalan
Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* â Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* â Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* â Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.
Contact Details
Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia
0194049665
kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com