top of page

Diabetes | Hypertension | Heart (KSSI)

Internal Medicine

1 ja
RM30 / CONSULTATION
KLINIK SALAM SUNGAI ISAP

Huraian Perkhidmatan

🔥 RAWATAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS & MASALAH SENDI DI KLINIK SALAM 🔥 💡 Kerap rasa letih, pening, sakit sendi, atau paras gula tak terkawal? Jangan biarkan masalah kesihatan ini memburukkan keadaan! ✅ Tekanan darah tak stabil walaupun dah ambil ubat? ✅ Paras gula masih tinggi & selalu rasa kebas kaki atau tangan? ✅ Sakit sendi, bengkak, atau susah bergerak setiap pagi? ✅ Risiko serangan jantung, strok, atau kegagalan buah pinggang semakin meningkat? Kami di Klinik Salam Sungai Isap sedia membantu anda dengan rawatan terbaik! --- 🩺 PERKHIDMATAN RAWATAN KAMI ✔️ Pemeriksaan & Kawalan Darah Tinggi (Hypertension Clinic) – Pantau tekanan darah & laraskan rawatan untuk elak komplikasi serius. ✔️ Pengurusan Kencing Manis (Diabetes Care) – Ujian HbA1c, rawatan kawalan gula, serta nasihat pemakanan & gaya hidup. ✔️ Rawatan Penyakit Sendi (Rheumatology Clinic) – Pemeriksaan & rawatan untuk artritis, gout, atau penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis. ✔️ Ujian Darah Kesihatan Jantung & Buah Pinggang – Untuk menilai risiko komplikasi akibat tekanan darah tinggi & diabetes. ✔️ Ultrasound Doppler Salur Darah – Untuk pesakit kencing manis yang berisiko tinggi mengalami masalah peredaran darah di kaki. ✔️ Ujian Hormon & Autoimun – Untuk mengenal pasti punca sakit sendi atau keradangan yang berulang. --- 💡 FAQ (Soalan Lazim) & JAWAPAN 1️⃣ Saya dah makan ubat darah tinggi, tapi bacaan masih tinggi. Apa perlu saya buat? ➡️ Darah tinggi yang tidak terkawal boleh disebabkan oleh rawatan yang kurang sesuai, pemakanan, stres, atau masalah buah pinggang. Pemeriksaan lanjut & pelarasan ubat diperlukan untuk kawalan lebih baik. 2️⃣ Apa ujian terbaik untuk pesakit kencing manis? ➡️ Ujian HbA1c adalah penting untuk melihat kawalan gula dalam tempoh 3 bulan lepas. Selain itu, ujian fungsi buah pinggang & saraf diperlukan untuk mengesan komplikasi awal. 3️⃣ Sakit sendi setiap pagi, jari susah bergerak – adakah ini tanda Rheumatoid Arthritis? ➡️ Jika sendi membengkak, sakit, dan susah bergerak pada waktu pagi lebih dari 30 minit, ini mungkin tanda penyakit autoimun seperti Rheumatoid Arthritis (RA). Ujian darah & pemeriksaan lanjut diperlukan. 4️⃣ Saya ada kencing manis, kenapa perlu buat ultrasound salur darah? ➡️ Pesakit diabetes berisiko tinggi untuk masalah peredaran darah (PAD) yang boleh menyebabkan kaki kebas, luka lambat sembuh & risiko amputasi. Ultrasound Doppler boleh mengesan masalah ini lebih awal.


Dasar Pembatalan

Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.


Contact Details

  • KLINIK SALAM SUNGAI ISAP, Maju 1, Jalan Gambang, Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang, Malaysia

    0194049665

    kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com


©2022 by Group Of Klinik Salam. Proudly created with Wix.com

bottom of page