Sunat adalah prosedur pembedahan yang melibatkan penyikiran kulup zakar untuk tujuan kebersihan, menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW dan pencegahan kanser zakar.
Berikut adalah beberapa tips untuk penyembuhan luka optimum selepas prosedur sunat:
Pastikan kawasan luka bersih: Penting untuk menjaga kawasan itu bersih untuk mencegah jangkitan. Bersihkan luka dengan ubat kuning (iodine), air bersih dan menggunakan krim antibiotik. Selepas 2 hari, proses penyembuhan luka akan menghasilkan keruping dengan banyak. Keruping yang banyak kadang-kadang boleh menjemput bakteria dan melambatkan proses penyembuhan luka. Cara paling cepat dan efektif untuk mencuci keruping ialah membuang keruping tersebut selepas merendamkan luka dalam air garam selama 15minit (letakkan 3 sudu garam buluh ke air didalam besen dan anak besila berendam didalamnya).
Pembalutan luka dengan kain gauz: diperlukan untuk 48jam dengan tujuan hentikan pendarahan dan mengurangkan pendedahan luka baru kepada kuman.
Pakai pakaian longgar: Pakailah pakaian longgar yang tidak menggesel pada luka. Ini akan membantu mengurangkan iritasi dan membantu dalam proses penyembuhan.
Mengelakkan aktiviti lasak: Aktiviti yang kurang risiko seperti ke berjalan-jalan dalam kawasan rumah dan membuat kerja rumah yang ringan digalakkan selepas 2 hari. Elakkan aktiviti lasak seperti bermain bola, berlari, melompat untuk memberi peluang luka menyembuh.
Minum banyak air: Minumlah banyak air untuk membantu dalam proses penyembuhan.
Penting untuk diingatkan bahawa jika anda mengalami sebarang komplikasi atau luka tidak sembuh dengan betul, anda harus menghubungi doktor anda dengan segera.
Doktor, biasa ke lepas sunat ni dia macam bengkak pelampung sekeliling luka?
Ya, ia adalah reaksi sementara sahaja kerana jahitan, pengumpulan ubat bius dan ia akan surut selepas 5-8 hari.
Doktor, jahitan akan tercabut sendiri?
Ia bergantung kepada jenis jahitan. Kebanyakan prosedur sunat mengguna absorble suture dimana ia akan tertanggal sendiri selepas 8-10 hari. Jika jahitan tidak tertanggal selepas 3 minggu, dinasihatkan untuk berjumpa kembali Doktor.
Doktor, apa tanda amaran lepas pembedahan sunat?
Pendarahan yang tidak berhenti. Tanda yang paling dirisaukan doktor pada hari pertama selepas sunat adalah pendarahan. Pendarahan boleh disebabkan jahitan yang kurang kemas, ataupun daripada darah pesakit yang terlalu cair. Pendarahan yang berterusan boleh dikesan jika kain balutan gauz basah kuyup dengan darah dan darah mengalir hingga ke peha atau seluar
Tidak boleh kencing: arus kencing yang tidak lurus dan sedikit menyakitkan adalah perkara biasa untuk 3 hari selepas prosedur. Tetapi jika tidak boleh kencing langsung pesakit dinasihatkan berjumpa doktor yang membuat prosedur
Pembengkakan yang semakin besar: Bengkak seperti pelampung disekeliling luka boleh menjadi perkara biasa selepas sunat. Namun jika bengkak itu semakin besar walaupun selepas 3 hari dan menyebabkan kesakitan, ia mungkin memerlukan pemeriksaan doktor
Demam atau bernanah: Penghasilan nanah yang banyak beserta demam dan bau yang tidak menyenangkan mungkin tanda jangkitan kuman. Ini disebabkan oleh pembiakan bakteria dan mungkin memerlukan perhatian doktor dan antibiotik.
Doctor, boleh ke makan ikan haruan lepas sunat?
Terdapat kepercayaan dalam perubatan tradisional Asia Tenggara bahawa mengambil ikan haruan boleh membantu dalam penyembuhan luka disebabkan oleh kandungan protein yang tinggi dan nutrien lain. Namun, terdapat bukti saintifik yang terhad untuk menyokong dakwaan ini.
Ikan haruan adalah sumber protein yang baik, yang penting untuk penyembuhan luka kerana membantu badan membina dan memperbaiki tisu. Ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, termasuk vitamin A, vitamin B12, zat besi, dan kalsium, yang boleh memberi manfaat tambahan untuk kesihatan secara keseluruhan.
Namun, perlu diingatkan bahawa tidak ada satu makanan sahaja yang dapat memberikan hasil yang mengagumkan dalam penyembuhan luka. Makanan seimbang yang memberikan semua nutrien yang diperlukan, bersama-sama dengan penjagaan luka yang betul, adalah pendekatan yang paling berkesan untuk menggalakkan penyembuhan.
Doctor, kena pantang makan apa selepas sunat?
Apabila membincangkan tentang penyembuhan luka pasca-prosedur, penting untuk mengelakkan beberapa jenis makanan yang mungkin mengganggu proses penyembuhan semula jadi badan atau meningkatkan risiko jangkitan. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan:
Makanan segera dan makanan yang diproses: Makanan segera dan makanan yang diproses sering kali tinggi garam, gula, dan lemak tidak sihat, yang boleh meningkatkan keradangan dan melambatkan proses penyembuhan.
Alergi individu: Elakkan makanan yang menyebabkan alergi. Punca alergi boleh menjadi berbeza mengikut individu. Kalau individu alergik telur, makan haruslah mengelakkan pengambilan telur dalam masa yang sama menggantikan dengan sumber protein yang lain.
Makanan pedas dan bersifat asidik: Makanan pedas dan bersifat asidik boleh menyebabkan keradangan dan inflamasi dalam badan, yang boleh melambatkan proses penyembuhan dan meningkatkan risiko jangkitan.
Makanan yang tinggi gula: Makanan yang tinggi gula boleh menyebabkan keradangan dan boleh merosakkan sistem imun, menjadikan lebih sukar bagi badan untuk sembuh.
Kafein: Kafein boleh mengganggu penyerapan beberapa vitamin dan mineral yang penting untuk proses penyembuhan.
Daging dan ikan mentah atau separuh masak: Daging dan ikan mentah atau separuh masak boleh mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Perlu diingatkan bahawa diet seimbang dan sihat adalah penting untuk proses penyembuhan.
author: Dr Rafiq, MBBS IIUM, Klinik Salam
Comentários