top of page

Anak batuk asma lama sebab cacing : Loffler Syndrome

Updated: 27 Apr

Kanak-kanak bawah 12 tahun batuk lama boleh jadi pelbagai sebab.

Yang paling kerap diberi diagnosis adalah :

  1. Pneumonia (jangkitan paru-paru)

  2. Asma (Lelah/semput)

  3. TB (Tuberculosis)

  4. Post Nasal Drip (Resdung Belakang)

  5. Premature Lung Disease (Masalah peparu bayi pramatang)

  6. dan pelbagai


Antara penyakit paru-paru yang jarang didengari namun

sering sahaja doktor anda terlepas pandang adalah :-

Loffler Syndrome : Pulmonary Eosinophilia

Iaitu masalah paru-paru sensitif disebabkan oleh cacing tropika bawaan nyamuk ataupun cacing yang masuk melalui mulut (makanan)

Dimana gejalanya meliputi

  1. Sering batuk

  2. Semput/lelah - kerap memerlukan nebulizer

  3. Demam kadang-kala

  4. Perut membuncit yang ketara

  5. Selalu cirit-birit atau sembelit

  6. Berat badan tidak meningkat mengikut piawaian normal


anak batuk asma lama sebab cacing

anak batuk asma lama sebab cacing

Bagaimana nak rawat?

Senang sahaja..

Ubat cacing- albendazole

Semudah dan semurah itu sahaja. Namun perlu diberi perhatian jika anak ada alahan kepada sesetengah ubat. Sila berjumpa doktor dahulu untuk nasihat lanjut.


Bagi ibu bapa yang terlupa anak sudah lebih 2 tahun dan sering bermain tanah, sudah tentu ada parasit yang sudah memasuki usus anak anda !


Semoga bermanfaat untuk semua !







留言


bottom of page